Teruskan ke kandungan utama

Bilakah waktu paling sesuai untuk melawat Brazil?

Nasihat perjalanan

Maklumat di laman ini adalah berdasarkan pada purata sejarah dan mungkin tidak menggambarkan keadaan semasa. Sila semak dengan pihak berkuasa tempatan untuk nasihat perjalanan yang terkini.

Baca selanjutnya

Masa terbaik untuk melawat Brazil ialah dari bulan September hingga Oktober. Ini membolehkan anda mengelakkan musim cuti yang paling sibuk, cuaca musim sejuk yang teruk di selatan dan kemuncak musim tengkujuh. Bulan-bulan paling panas di Brazil juga merupakan yang paling kerap hujan, jadi lebih baik elakkan musim puncak antara bulan Disember dan Mac, khususnya jika anda merancang untuk melakukan aktiviti pemerhatian hidupan liar di Amazon atau Pantanal, yang paling sesuai dilawati antara bulan Julai dan September. Carnaval yang terkenal di dunia di Rio berlangsung pada bulan Februari atau awal Mac, dan parti ini sudah tentunya salah satu parti yang akan terngiang-ngiang dalam fikiran anda. Jika anda berminat dengan aktiviti luncur angin atau luncur layang-layang, kunjungan ke São Miguel do Gostoso, Taiba atau Cumbuco menawarkan persekitaran yang ideal antara bulan Mei dan Februari.

Tips pelancongan dan cuaca bulanan bagi Brazil

Bulan Januari merupakan kemuncak musim panas, dan dengan purata suhu sekitar 27ºC, lawatan ke pantai tentu sekali wajar tersenarai. Walau bagaimanapun, bulan ini juga kerap dilanda hujan, jadi pastikan anda menyemak ramalan cuaca untuk mengetahui sama ada anda perlu membawa tuala pantai ataupun payung.

Perarakan maritim di Angra dos Reis pada 1 Januari merupakan satu cara yang menarik untuk menyambut tahun baru, sambil menyaksikan ribuan bot berarak di sepanjang perairan. Hari Tiga Raja, yang diraikan pada 6 Januari, membawakan sambutan dengan persembahan muzik dan tarian ke banyak bandar di seluruh negara. Cuaca Januari yang hangat bermaksud ia masa terbaik untuk melawat Rio dan Copacabana yang menawarkan suasana parti tanpa kesesakan pengunjung karnival pada bulan Februari.

30°C

Tinggi

22°C

Rendah

25 hari

Curahan hujan

Sambutan ‘Carnaval’ di Brazil yang terkenal di dunia melanda negara ini dan pengunjung pantai berpusu-pusu merebutkan tempat terbaik untuk bersantai. Jumlah pengunjung memuncak pada bulan Februari, tetapi jika bersesak-sesak bukan satu halangan bagi anda, anda akan dapat menghadiri salah satu parti terhebat di planet ini. Cuaca kekal panas dan kerap hujan, dengan suhu panas mencecah 35ºC, jadi bawa pakaian yang nipis dan kalis air.

Pelbagai karnival diadakan di kebanyakan bandar utama seperti São Paulo dan Salvador, tetapi yang paling terkenal berlangsung di Rio de Janeiro. Acara ini berlangsung dalam bulan Februari atau awal Mac selama 5 hari sebelum Ash Wednesday. Sertai jutaan penonton menyaksikan sekolah-sekolah tarian terhebat di negara ini mempersembahkan tarian samba semasa perarakan yang sarat dengan warna-warni, kostum dan muzik ini.

31°C

Tinggi

22°C

Rendah

23 hari

Curahan hujan

Kebanyakan kawasan di Brazil masih berada dalam musim puncak, dengan suhu terus berada pada sekitar 40°C. Sambutan karnival mungkin masih berlangsung di bandar-bandar utama jika Ash Wednesday jatuh pada bulan Mac, jadi bersiap-sedia untuk menghadapi lebih kesesakan jika keadaan sedemikian berlaku. Jika karnival sudah berakhir, bulan ini akan lebih tenang jika anda sekadar ingin menerokai kawasan-kawasan lain di negara ini. Tetapi potensi berlakunya ribut musim panas bermaksud anda perlu membawa pakaian kalis air dan payung, selain beberapa pakaian nipis.

Festival Bir Brazil tahunan berlangsung di Blumenau selama 4 hari setiap Mac, dengan kilang-kilang bir tempatan dan antarabangsa menawarkan anda peluang untuk mencuba lebih daripada 140 gaya bir. Jika pengunjung karnival sudah reda, kunjungi São Paulo untuk menjamu selera beberapa makanan terlazat di negara ini atau nikmati pantai sepanjang 8,000 km yang merangkumi tempat-tempat indah seperti Alter do Chao di Pará atau semenanjung gunung berapi Fernando de Noronha.

29°C

Tinggi

21°C

Rendah

24 hari

Curahan hujan

Bulan April boleh jadi bulan yang sangat ideal untuk melawat banyak kawasan di Brazil, dengan suhu dan bilangan pengunjung mula menurun. Pantanal memasuki musim keringnya menjelang hujung bulan, dan Holy Week membawakan pelbagai sambutan keagamaan, serta peluang untuk mencuba telur-telur coklat buatan sendiri. Hujan yang lebat berterusan di kebanyakan wilayah, dan purata suhu berada dalam lingkungan 18–31ºC.

Sambutan Holy Week berlangsung di seluruh negara, dengan sambutan di Ouro Preto di Minas Gerais merupakan beberapa sambutan yang paling terkenal, di mana bandar ini dipenuhi dengan bunga-bungaan dan permaidani berwarna-warni dihampar di jalanan. Acara Holy Week lain yang popular boleh dinikmati di Cidade de Goiás, Congonhas dan São João del Rei. Lollapalooza Brasil biasanya berlangsung pada hujung minggu pertama bulan April di São Paulo dan memberikan anda peluang selama 3 hari untuk menyaksikan nama-nama besar muzik rock, hip-hop dan elektronik.

28°C

Tinggi

20°C

Rendah

20 hari

Curahan hujan

Keadaan agak tenang dalam bulan Mei dan suhu juga semakin dingin, terutamanya di selatan di mana ada harinya suhu menurun serendah 14ºC. Tempoh antara musim hujan (Februari hingga April) dan musim panas dan kering (September hingga November) ini merupakan masa yang ideal untuk menerokai Amazon, di mana anda mempunyai peluang terbaik untuk membuat lawatan bot dan kembara berjalan kaki dalam cuaca yang menyenangkan.

Sambutan Karnival dan Holy Week mungkin telah berakhir, namun masih banyak acara lain berlangsung di Brazil. São Paulo menjadi tuan rumah kepada Virada Cultural Paulistana – festival 24 jam yang terbesar di dunia. Ia bukan sahaja percuma, malah anda akan dapat menghadiri pelbagai acara di sekitar bandar seperti persembahan muzik secara langsung dan tayangan filem. Bandar pantai Torres juga berbaloi untuk dikunjungi bagi Festival Belon Antarabangsa tahunannya. Selain dihadiri oleh ramai penggemar belon udara panas, ia juga menawarkan banyak konsert, filem dan sukan ekstrem seperti terjun udara.

26°C

Tinggi

18°C

Rendah

18 hari

Curahan hujan

Cuaca musim sejuk mula dirasakan di selatan pada bulan Jun, dengan suhu menurun sehingga 12ºC. Di bahagian utara pula lain kisahnya, dengan sebahagian negara ini masih menerima suhu setinggi 30ºC dan lebih banyak hujan berbanding bahagian selatan.

Perarakan Gay PrideSão Paulo berlangsung pada setiap bulan Jun, pada hari Ahad selepas cuti umum Corpus Christi dan merupakan perarakan terbesar seumpamanya di dunia. Raikan semangat LGBT dengan jutaan orang dengan berparti, menyertai pesta kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan meraikan kepelbagaian. Di Rio, pelari-pelari terbaik dunia menyertai salah satu maraton yang dianggap mempunyai pemandangan terindah di dunia, melintasi kaki-kaki gunung dan tepian laut. Acara-acara besar lain termasuk Festival Folclórico do Amazonas di Manaus yang menawarkan pelbagai persembahan cerita rakyat serantau, serta Festa de São João – parti yang berlangsung selama sebulan yang memaparkan muzik dan tarian tradisional.

26°C

Tinggi

17°C

Rendah

13 hari

Curahan hujan

Bulan Julai merupakan bulan paling sejuk di Brazil, jadi walau ke bahagian mana pun anda lawati di negara ini, pastikan bawa baju sejuk untuk dipakai pada waktu malam. Purata suhu berada antara 28–12ºC, masih cukup hangat untuk menikmati pantai-pantai di Rio di tenggara, kawasan tanah lembap tropika di Pantanal dan hutan hujan Amazon. Tempoh cuti sekolah adalah hampir sebulan, jadi jangkakan kebanyakan tarikan untuk lebih sesak daripada biasa.

Walaupun cuaca lebih sejuk, Brazil masih berpegang pada semangat musim panas dengan aneka acara menyeronokkan diadakan, contohnya Festival Musim Sejuk Campos do Jordão yang menampilkan persembahan secara langsung selama sebulan. Terdapat juga FLIP (Festa Literária Internacional de Paraty) antara Rio de Janeiro dan São Paulo, di mana pencinta sastera dapat menghadiri bengkel, ceramah dan debat. Wilayah pergunungan paling popular pada masa ini, dengan warga tempatan menikmati aktiviti ski dalaman, kembara berjalan kaki dan bersiar-siar di tempat-tempat seperti Serra Gaúcha dan kawasan bukit-bukau di Rio.

25°C

Tinggi

17°C

Rendah

11 hari

Curahan hujan

Suhu yang selesa dan taburan hujan minimum menjadikan Ogos salah satu masa terbaik untuk melawat Brazil. Anda patut pertimbangkan untuk menerokai Pantanal di mana peluangnya cerah untuk anda melihat kelibat jaguar bersantai di tebing sungai dan tasik. Suhu waktu siang biasanya berada pada paras 20-an, tetapi boleh menurun dengan ketara pada waktu malam jadi pastikan anda bawa kot yang sesuai.

Bandar Gramado di bahagian selatan mengadakan festival filem antarabangsa tahunannya pada bulan Ogos, di mana selama 9 hari, filem-filem terbaik dari Brazil dan Amerika Latin yang lain ditayangkan. Di ‘midwest’, festival muzik Bananada berlangsung selama seminggu di Goiânia, sekaligus mengubah wajah bandar ini menjadi hab untuk muzik alternatif, kebudayaan, makanan, dan juga kejohanan papan luncur.

26°C

Tinggi

17°C

Rendah

10 hari

Curahan hujan

Cuaca sederhana berterusan sehingga bulan September, yang bermakna ia masih ideal untuk pemerhatian hidupan liar di Amazon dan Pantanal. Suhu mula meningkat seiring dengan peralihan musim sejuk ke musim bunga, dan bunga-bunga mula berputik di seluruh negara.

Rock inRio yang terkenal di dunia diadakan bergilir-gilir di antara bandar asalnya di Rio dan sebuah bandar antarabangsa setiap dua tahun. Kumpulan-kumpulan pemuzik terkemuka beraksi di pentasnya, dengan nama-nama terkenal yang pernah membuat penampilan termasuk Elton John, Guns N’Roses dan Rihanna. Untuk menikmati warna-warni musim bunga, kunjungi bandar Holambra yang menawan – pengeluar bunga dan tumbuh-tumbuhan hiasan yang terbesar di Amerika Latin. Festival Expoflora tahunannya membuka peluang kepada lebih daripada 400 pengeluar tempatan untuk mempamerkan tumbuh-tumbuhan mereka kepada lebih daripada 300,000 pelawat.

27°C

Tinggi

18°C

Rendah

11 hari

Curahan hujan

Musim bunga sudah tiba dan suhu kian meningkat di seluruh Brazil pada bulan Oktober. Bulan ini masih musim kurang pengunjung, tetapi ada banyak acara berlangsung yang boleh menghiburkan anda, termasuk festival muzik dan perarakan keagamaan.

Oktoberfest disambut besar-besaran di kebanyakan bandar di Brazil, khususnya di Blumenau, di mana perarakan besar membuka acara kepada pesta minum bir dan muzik rakyat yang berlangsung selama lebih dari 2 minggu – sambutan yang kedua terbesar selepas festival asal di Munich. Di muara Sungai Amazon, perarakan Círio de Nazaré di Belém memberi penghargaan kepada patung kecil Nossa Senhora de Nazaré (Our Lady of Nazareth), yang dibawa berarak melintasi jutaan penganut di atas pedati yang dihiasi dengan bunga-bungaan. Peminat muzik elektronik berkunjung ke Rio untuk festival luaran Ultra Brasil yang menampilkan para DJ EDM yang terkemuka di dunia dan pertunjukan lampu pentas yang memukau.

28°C

Tinggi

20°C

Rendah

15 hari

Curahan hujan

Bulan November masih musim sejuk dan merupakan tempoh musim kurang pengunjung, jadi anda berpeluang melawat destinasi-destinasi tarikan utama dan kebanyakan bandar tanpa perlu bersesak. Suhu mula meningkat dengan purata antara 17–35ºC, begitu juga dengan kadar kekerapan hujan. Jangan biarkan cuaca yang tidak menentu pada musim peralihan ini melunturkan semangat anda – masih banyak yang boleh dilihat dan dilakukan di Brazil.

São Paulo menganjurkan salah satu acara paling penting dalam kalendar sukan pada bulan November, apabila Grand Prix Brazil tiba ke litar Autódromo José Carlos Pace di kawasan Interlagos. Untuk pemerhatian hidupan liar, ini mungkin peluang terakhir anda untuk ke Amazon atau Santa Catarina untuk melihat ikan paus sebelum suhu meningkat ke paras yang tidak lagi selesa.

28°C

Tinggi

21°C

Rendah

17 hari

Curahan hujan

Cuti Krismas dan cuaca panas bermaksud Disember merupakan bulan yang sibuk di Brazil. Purata suhu biasanya berada antara 19–35ºC, tetapi kembalinya musim tengkujuh menyaksikan hujan turun di hampir seluruh negara.

Minggu pertama Disember membawakan karnival luar musim yang terbesar yang diadakan di Natal. Acara yang dikenali sebagai Carnatal ini menyaksikan pengunjung menari di jalanan di samping trak-trak yang dipasang dengan sistem bunyi gergasi, yang dipanggil trios elétricos. Comic Con Experience tiba di São Paulo selama tiga hari pada bulan Disember, sarat dengan pameran dan artis yang berkait dengan komik, siri TV, filem dan permainan video yang terbesar. Semakin hampir dengan Hari Krismas, bandar-bandar dihias dengan lampu-lampu indah, namun tidak banyak yang dapat menandingi Gramado semasa festival Natal Luz di sana. Anda juga akan dapat menikmati konsert di tepi tasik yang penuh dengan penghibur dan kesan khas yang memukau. Untuk menyambut tahun baru dengan penuh gaya, sertai jutaan pengunjung parti yang berpakaian serba putih di Pantai Copacabana di Rio pada 31 Disember untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang mengagumkan dan menikmati aneka muzik secara langsung.

30°C

Tinggi

22°C

Rendah

22 hari

Curahan hujan

Cuaca dan suhu di Brazil

Musim panas Brazil ialah antara bulan Disember dan Mac, dengan suhu panasnya kian tinggi semakin anda menghala ke utara. Jika anda berharap dapat menikmati aktiviti kembara berjalan kaki dan bersiar-siar di bandar-bandar seperti Rio pada masa ini, tempoh yang lebih sejuk antara bulan Mei dan September menawarkan suasana yang lebih sesuai. Pada tempoh peralihan antara bulanApril dan Oktober, jangkakan suhu yang sejuk di selatan dengan cuaca yang kering dan lebih panas di kawasan tepian pantai di utara. Untuk mengelakkan cuaca musim sejuk yang teruk di selatan dan kemuncak musim tengkujuh, rancang perjalanan anda antara bulan September dan Oktober.

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
São Paulo Tinggi 29°C 30°C 28°C 26°C 23°C 23°C 22°C 25°C 26°C 27°C 26°C 29°C
Rendah 20°C 21°C 19°C 18°C 15°C 15°C 14°C 14°C 16°C 17°C 18°C 20°C
Curahan hujan 25 hari 23 hari 24 hari 20 hari 18 hari 13 hari 12 hari 10 hari 12 hari 15 hari 18 hari 22 hari
Rio de Janeiro Tinggi 32°C 32°C 30°C 28°C 27°C 27°C 26°C 26°C 28°C 28°C 28°C 31°C
Rendah 23°C 24°C 23°C 21°C 19°C 19°C 18°C 18°C 19°C 20°C 22°C 23°C
Curahan hujan 25 hari 23 hari 24 hari 20 hari 18 hari 13 hari 12 hari 10 hari 12 hari 15 hari 18 hari 22 hari
Curitiba Tinggi 27°C 28°C 26°C 24°C 21°C 19°C 19°C 22°C 23°C 24°C 24°C 27°C
Rendah 18°C 18°C 16°C 15°C 12°C 11°C 9°C 10°C 12°C 14°C 15°C 17°C
Curahan hujan 25 hari 23 hari 24 hari 20 hari 18 hari 13 hari 12 hari 10 hari 12 hari 15 hari 18 hari 22 hari
Salvador Tinggi 30°C 30°C 31°C 30°C 29°C 28°C 28°C 27°C 28°C 28°C 29°C 30°C
Rendah 25°C 25°C 25°C 25°C 24°C 23°C 23°C 22°C 23°C 24°C 24°C 24°C
Curahan hujan 25 hari 23 hari 24 hari 20 hari 18 hari 13 hari 12 hari 10 hari 12 hari 15 hari 18 hari 22 hari
Florianópolis Tinggi 29°C 30°C 28°C 26°C 24°C 22°C 21°C 22°C 23°C 24°C 26°C 28°C
Rendah 22°C 23°C 21°C 19°C 17°C 15°C 14°C 15°C 16°C 18°C 19°C 22°C
Curahan hujan 25 hari 23 hari 24 hari 20 hari 18 hari 13 hari 12 hari 10 hari 12 hari 15 hari 18 hari 22 hari

Data cuaca disediakan oleh Forecast.io

Kos penginapan di Brazil

Ingin melancong dengan bijak? Di sini, anda boleh lihat purata kos bagi penginapan setiap malam di Brazil.

    0 33 66 99 132
  • SEK 868 Jan
  • SEK 875 Feb
  • SEK 784 Mac
  • SEK 740 Apr
  • SEK 768 Mei
  • SEK 735 Jun
  • SEK 784 Jul
  • SEK 748 Ogo
  • SEK 780 Sep
  • SEK 802 Okt
  • SEK 866 Nov
  • SEK 993 Dis
    0 33 66 99 132
  • SEK 759 Jan
  • SEK 717 Feb
  • SEK 556 Mac
  • SEK 491 Apr
  • SEK 510 Mei
  • SEK 526 Jun
  • SEK 610 Jul
  • SEK 542 Ogo
  • SEK 593 Sep
  • SEK 608 Okt
  • SEK 669 Nov
  • SEK 1,015 Dis
    0 33 66 99 132
  • SEK 266 Jan
  • SEK 305 Feb
  • SEK 218 Mac
  • SEK 199 Apr
  • SEK 218 Mei
  • SEK 202 Jun
  • SEK 223 Jul
  • SEK 210 Ogo
  • SEK 226 Sep
  • SEK 229 Okt
  • SEK 246 Nov
  • SEK 346 Dis
    0 33 66 99 132
  • SEK 1,032 Jan
  • SEK 1,018 Feb
  • SEK 790 Mac
  • SEK 703 Apr
  • SEK 738 Mei
  • SEK 768 Jun
  • SEK 835 Jul
  • SEK 756 Ogo
  • SEK 833 Sep
  • SEK 842 Okt
  • SEK 844 Nov
  • SEK 1,485 Dis
    0 33 66 99 132
  • SEK 805 Jan
  • SEK 783 Feb
  • SEK 657 Mac
  • SEK 617 Apr
  • SEK 602 Mei
  • SEK 662 Jun
  • SEK 706 Jul
  • SEK 650 Ogo
  • SEK 658 Sep
  • SEK 666 Okt
  • SEK 693 Nov
  • SEK 983 Dis

Tempat terbaik untuk dikunjungi di Brazil

Jom usha beberapa bandar paling popular, tempat untuk dikunjungi dan aktiviti-aktiviti di Brazil!

Pendapat pelancong lain tentang percutian mereka di Brazil

gogbrazil